Shahputra

PERMOHONAN ONLINE BAGI SEMUA PROGRAM DI BUKA SEKARANG. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI JABATAN PEMASARAN DI TALIAN 09-5737777.

Monday, 26 August 2013

Maksud "PERAKUAN AKREDITASI SEMENTARA"...

Di sini kami ingin menjelaskan maksud sebenar "Perakuan Akreditasi Sementara" seperti yang kami telah paparkan sebelum ini (Klik di sini). Tak perlu was-was dengan Program Perubatan (MBBS) UCSA kerana kami mengikuti & menepati prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan!


Apakah perbezaan di antara akreditasi penuh dan akreditasi sementara?

Akreditasi penuh – satu perakuan rasmi kepada Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) bahawa sijil, diploma atau ijazah yang akan dianugerahkan kepada graduan adalah selaras dengan standard yang ditetapkan oleh MQA.

Akreditasi sementara – fasa awal penilaian yang bertujuan untuk membantu dan mempermudah institusi pengajian tinggi mendapat akreditasi bagi program pengajian yang hendak ditawarkan dengan syarat ia meningkatkan kualiti dan standard yang ditetapkan semasa penilaian akreditasi sementara.



Saya sedang mengikuti satu program pengajian di sebuah institusi. Kenapa program pengajian tersebut tidak terdapat dalam MQR (Daftar Kelayakan Malaysia)?

Ini bermakna program pengajian tersebut belum atau tidak diakreditkan oleh MQA atas beberapa sebab tertentu iaitu:
  • program pengajian tersebut baru dimulakan dan belum mencapai tempoh matang untuk penilaian akreditasi MQA. Penilaian akreditasi akan dijalankan apabila pelajar kohort pertama berada di tahun akhir pengajian;
  • program pengajian tersebut sedang dalam proses penilaian perakuan akreditasi MQA;
  • program pengajian tersebut gagal memperoleh perakuan akreditasi MQA atas alasan-alasan tertentu; atau
  • tiada permohonan untuk mendapatkan akreditasi daripada pihak PPT. Untuk makluman, permohonan akreditasi adalah secara sukarela dan terpulang kepada sesebuah institusi untuk memohon.


Adakah MQR turut menyenaraikan program pengajian yang mendapat perakuan akreditasi sementara?  

Tidak. MQR hanya menyenaraikan program pengajian dan kelayakan yang diperakukan akreditasi penuh MQA. Semakan program pengajian yang menerima akreditasi sementara boleh dibuat menerusi sistem carian ‘e-Semakan Kursus Pengajian’ seperti di alamat www.mqa.gov.my/eskp/AkrProvRingkas.cfm.


Sumber: Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) 

No comments:

Post a Comment