Shahputra

PERMOHONAN ONLINE BAGI SEMUA PROGRAM DI BUKA SEKARANG. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI JABATAN PEMASARAN DI TALIAN 09-5737777.

Friday 30 August 2013

Pelbagai Pilihan Penginapan Hanya Untuk Anda !!!





TARIKH PENDAFTARAN 2 SEPTEMBER 2013...bukan 16 September 2013

SALAM...PERHATIAN KEPADA SEMUA BAKAL PELAJAR ASASI SAINS SHAHPUTRA.. 

PIHAK SHAHPUTRA TIDAK PERNAH MENGELUARKAN KENYATAAN PENANGGUHAN TARIKH PENDAFTARAN KEPADA 16 SEPTEMBER 2013...

PENDAFTARAN PELAJAR ASASI SAINS TETAP AKAN BERLANGSUNG PADA KETETAPAN BERIKUT
 
TARIKH : 02 SEPTEMBER 2013
MASA : 9.00 PAGI
BERTEMPAT DI : SHAHPUTRA CONVENTION CENTRE (SCC), KOLEJ UNIVERSITI SHAHPUTRA

SEKIAN.. DI MAKLUMKAN...NANTI KITA JUMPA K...

Thursday 29 August 2013

Panduan Pandu Arah Ke Kolej Universiti Shahputra

Sesat? tak jumpa jalan nak pegi Shahputra? Kami sedia membantu...:) Sila hubungi 09-5737777 untuk bantuan.

Klik di sini !!!




Monday 26 August 2013

Maksud "PERAKUAN AKREDITASI SEMENTARA"...

Di sini kami ingin menjelaskan maksud sebenar "Perakuan Akreditasi Sementara" seperti yang kami telah paparkan sebelum ini (Klik di sini). Tak perlu was-was dengan Program Perubatan (MBBS) UCSA kerana kami mengikuti & menepati prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan!


Apakah perbezaan di antara akreditasi penuh dan akreditasi sementara?

Akreditasi penuh – satu perakuan rasmi kepada Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) bahawa sijil, diploma atau ijazah yang akan dianugerahkan kepada graduan adalah selaras dengan standard yang ditetapkan oleh MQA.

Akreditasi sementara – fasa awal penilaian yang bertujuan untuk membantu dan mempermudah institusi pengajian tinggi mendapat akreditasi bagi program pengajian yang hendak ditawarkan dengan syarat ia meningkatkan kualiti dan standard yang ditetapkan semasa penilaian akreditasi sementara.



Saya sedang mengikuti satu program pengajian di sebuah institusi. Kenapa program pengajian tersebut tidak terdapat dalam MQR (Daftar Kelayakan Malaysia)?

Ini bermakna program pengajian tersebut belum atau tidak diakreditkan oleh MQA atas beberapa sebab tertentu iaitu:
  • program pengajian tersebut baru dimulakan dan belum mencapai tempoh matang untuk penilaian akreditasi MQA. Penilaian akreditasi akan dijalankan apabila pelajar kohort pertama berada di tahun akhir pengajian;
  • program pengajian tersebut sedang dalam proses penilaian perakuan akreditasi MQA;
  • program pengajian tersebut gagal memperoleh perakuan akreditasi MQA atas alasan-alasan tertentu; atau
  • tiada permohonan untuk mendapatkan akreditasi daripada pihak PPT. Untuk makluman, permohonan akreditasi adalah secara sukarela dan terpulang kepada sesebuah institusi untuk memohon.


Adakah MQR turut menyenaraikan program pengajian yang mendapat perakuan akreditasi sementara?  

Tidak. MQR hanya menyenaraikan program pengajian dan kelayakan yang diperakukan akreditasi penuh MQA. Semakan program pengajian yang menerima akreditasi sementara boleh dibuat menerusi sistem carian ‘e-Semakan Kursus Pengajian’ seperti di alamat www.mqa.gov.my/eskp/AkrProvRingkas.cfm.


Sumber: Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) 

Shahputra Residence (Penginapan)

Image: Google
Shahputra Residence menawarkan pelbagai kemudahan yang lengkap dan moden demi menepati keperluan pelajar. Sebahagian besar kolej kediaman mempunyai akses internet*, pembersihan harian, kemudahan untuk sistem kumbahan serta pelbagai lagi kemudahan lain yang memberikan kesenangan kepada para pelajar. 

Shahputra Residence juga sangat prihatin terhadap para pelajar istimewa. Terdapat sejumlah ruang khusus yang diubahsuai dan dilengkapi dengan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan para pelajar istimewa agar kehidupan mereka di kampus terjamin. 

Selain itu, suasana di dalam kampus yang kondusif di samping jaminan kawalan keselamatan oleh pihak Unit Keselamatan diharap membantu para mahasiswa mencapai kecemerlangan akademik sepanjang pengajian mereka di Kolej Universiti Shahputra.

Kadar Sewa Asrama Sesi 2013 / 2014
Perubahan kadar sewa adalah tertakluk kepada pihak pengurusan.
 *Deposit tidak akan dikembalikan selepas 3 bulan dari tarikh mendaftar.


Kemudahan yang disediakan:
  • Kawalan keselamatan 24 jam
  • Kawasan berpagar
  • Warden sepenuh masa
  • Tempat letak kereta/motor disediakan
  • Perkhidmatan dobi layan diri 24 jam
  • Pengangkutan (Asrama-Kampus-Asrama)
  • Bilik TV
  • Surau

Kemudahan Awam yang berdekatan:
  • McDonald's
  • Radix Fried Chicken
  • 7-Eleven
  • Tutti Fruitti
  • ATM (Mesin Pengeluaran Wang Automatik)
  • Kedai makan
  • Gym
  • Klinik

Sebarang pertanyaan mengenai penginapan sila hubungi:
Shahputra Residence
nurilyana@shahputra.edu.my
atau telefon 09-573 7777 (sambungan 135)

Thursday 22 August 2013

Elaun Oh Elaun

Kelulusan dari MQA dan MMC dah cite. Pinjaman pun dah. Contact number & person pun dah bagi. So, ape lagi?? Emm.. Oh! Elaun!!

Bagi pelajar yang layak untuk dapat pinjaman daripada MARA, anda akan dapat elaun setiap bulan. Wow! Best, kan? Tapi.. Mesti nak tau jugak jumlahnya. Betul tak? Setiap bulan, pelajar - pelajar akan dapat elaun dalam range RM200 - RM650. Cukup, kan? Ye, cukup. Kalau nak detail lagi, jangan lupa untuk hubungi kami! 

Yang surat bawah ni surat dari MARA. So, bagi yang layak DAN berminat tu, cuba try test mohon untuk Medic Shahputra. Kompem tak menyesal punya. 








Latihan Klinikal Di Hospital Kerajaan

Soalan yang sering ditanya pelajar-pelajar dan ibubapa yang berminat dengan degree perubatan kami adalah "Praktikal buat kat mane?" dan "Boleh kerje government tak pas study?"

Mungkin anda risau tentang penempatan atau tempat latihan klinikal anda nanti. Kan?? Tapi... Jangan risau ye dik...UCSA telah mendapat kelulusan daripada KKM untuk menjalankan latihan klinikal di 3 buah hospital. Nak tau kat mane? Ce tengok kat bawah ni ha...

1. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang
2. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang
3. Hospital Pekan, Pahang

Aaahh.. Berminat? Kalau berminat, jangan segan-segan. Hubungi kami hari ini! 









Wednesday 21 August 2013

Sesi temuduga bagi Program Perubatan (MBBS) - 26hb Ogos 2013

Peluang terakhir anda untuk hadir ke sesi temuduga bagi Program Perubatan (MBBS) Kolej Universiti Shahputra - 26hb Ogos 2013 ...

Jika ada kesulitan utk hadir dgn tarikh yang diberikan, jangan segan2 utk call kami di talian 09-573 7777 sambungan 143 (Fakulti Perubatan).. kami akan uruskan tarikh yang sesuai utk anda hadir ke profiling.. best kan?



Hubungi Kami...


Fakulti Perubatan UCSA
zura@shahputra.edu.my
atau telefon (09) 573 7777 sambungan 143

Jabatan Pemasaran
patricia.sadom@shahputra.edu.my
atau telefon (09) 573 7777 sambungan 124 

Jabatan Kewangan (Unit Pinjaman)
naha@shahputra.edu.my
atau telefon (09) 573 7777 sambungan 123


Alamat Kampus Utama
Kolej Universiti Shahputra
BIM Point, Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, PAHANG. 



Syarat permohonan & dokumen yang diperlukan bagi permohonan pinjaman PTPTN


Syarat Permohonan :
  • Pemohon adalah warganegara Malaysia 
  • Pemohon layak mengikuti kursus / program yang ditawarkan

Dokumen Yang Diperlukan :

  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Kolej Universiti Shahputra 
  • Salinan sijil kematian ibu / bapa (jika berkaitan) 
  • Salinan kad pengenalan pelajar 
  • Salinan sijil akademik SPM / STPM / Pra Diploma / Sijil / Diploma 
  • Salinan penyata gaji / Borang J / Surat Pengesahan Pendapatan / Penyata Pencen terkini
  • Salinan buku akaun simpanan / penyata akaun CIMB 
  • Nombor pin permohonan PTPTN daripada BSN Sahaja 
  • Penyata akaun SSPN (Maybank)

Syarat permohonan & dokumen yang diperlukan bagi permohonan pinjaman MARA



Syarat Permohonan :
  • Pemohon & Ibubapa mestilah warganegara Malaysia. 
  • Pemohon & Ibu atau bapa kandung mestilah Bumiputra. 
  • Ibubapa @ penjaga pemohon TIDAK DISENARAI HITAM oleh MARA 
  • Pemohon mestilah mempunyai syarat akademik iaitu 5 KEPUJIAN dalam SPM bagi subjek berikut : 
  1. Bahasa Melayu 
  2. Matematik / Matematik Tambahan DAN 
  3. Sains / Fizik / Kimia / Biologi / Subjek Sains yang lain SERTA (untuk program Allied Health Sciences) 
  4. Dua (2) subjek lain dan
     LULUS Bahasa Inggeris.


Dokumen Yang Diperlukan (1 Salinan) : 
*Perlu disahkan oleh Pegawai Kanan Kerajaan (DG41) 

  • Gambar terkini berukuran passport
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Kolej Universiti Shahputra
  • Salinan sijil kelahiran pelajar, ibu dan bapa (Surat Beranak)
  • Salinan sijil kematian ibu / bapa (jika berkaitan)
  • Salinan kad pengenalan pelajar, ibu dan bapa
  • Salinan sijil akademik SPM / STPM / Pra Diploma / Sijil / Diploma
  • Salinan sijil berhenti sekolah
  • Salinan penyata gaji / Borang J / Surat Pengesahan Pendapatan / Penyata Pencen terkini
  • Karangan perihal diri, perancangan pengajian dan kerjaya anggaran 300 patah perkataan
  • Salinan buku akaun simpanan / penyata akaun RHB Islamic
                


Maklumat Tambahan : Permohonan Pinjaman Pendahuluan Pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan pinjaman ini kepada pelajar yang INGIN dan LAYAK untuk mendaftar sebagai pelajar di Kolej Universiti Shahputra. 
  • Permohonan boleh dibuat dua (2) minggu sebelum tarikh pendaftaran. 
  • Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh didapati di Pejabat MARA negeri yang berkenaan

Syarat permohonan :
  • Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera 
  • Pendapatan ibubapa RM3,000.00 dan ke bawah sebulan; bagi pendapatan lebih RM3,000.00 sebulan kelulusan tertakluk kepada budi bicara pihak MARA

Dokumen yang diperlukan (4 Salinan) :
  • Salinan kad pengenalan pemohon, ibu, bapa dan penjamin
  • Salinan surat daftar kelahiran (Surat Beranak) pemohon, ibu dan bapa
  • Salinan sijil mati dan sijil penceraian ibubapa (jika berkenaan)
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Kolej Universiti Shahputra 
  • Salinan penyata gaji / Borang J / Surat Pengesahan Pendapatan / Penyata Pencen terkini ibu bapa / penjaga dan penjamin 

KOLEJ UNIVERSITI SHAHPUTRA MENAWARKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN.

Friday 16 August 2013

PERAKUAN AKREDITASI SEMENTARA DARI AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)

KOLEJ UNIVERSITI SHAHPUTRA MENAWARKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN.

Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Kolej Universiti Shahputra

Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / A-Level

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / A-Level dengan gred BBB, ABC atau AAC dalam tiga (3) matapelajaran:
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik ATAU Matematik
Syarat kemasukan untuk keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah dikecualikan.

___________________________________________________

Pilihan 2: Kemasukan dengan Matrikulasi / Asasi Sains / Kursus Pra-Perubatan

Lulus Matrikulasi / Asasi Sains / Kursus Pra-Perubatan dengan CGPA 3.0 dalam matapelajaran:

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik ATAU Matematik
Kursus tersebut mesti tidak kurang dari satu (1) tahun didalam institusi yang sama dan telah di akreditasi.

DAN

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 5B dalam matapelajaran:

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Matematik ATAU Matematik Tambahan
  • Mana-mana satu (1) matapelajaran lain
___________________________________________________ 

Pilihan 3: Kemasukan dengan Diploma Sains Kesihatan 

Lulus Diploma Sains Kesihatan dengan CGPA 3.5.
 
Kursus tersebut mesti tidak kurang dari dua tahun setengah (2 ½) didalam institusi yang sama dan telah di akreditasi.

DAN

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan:

  • Minimum gred B dalam dua matapelajaran: Biologi / Kimia / Fizik
  • Kredit Bahasa Inggeris
  • Kredit Matematik ATAU Matematik Tambahan
  • Kredit mana-mana satu (1) matapelajaran lain

KOLEJ UNIVERSITI SHAHPUTRA MENAWARKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN.

SAYA INGIN MENJADI SEORANG DOKTOR!!!

 'Saya ingin menjadi seorang doktor', mungkin antara jawapan yang biasa didengar daripada pelajar sekolah apabila ditanya mengenai cita-cita mereka. Ini adalah kerana kerjaya sebagai doktor perubatan mempunyai personaliti terbaik dan dihormati dalam masyarakat. Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Kolej Universiti Shahputra (UCSA) bertujuan merealisasikan impian zaman kanak-kanak ini dengan cara dan persekitaran yang terbaik. Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di UCSA telah dibangunkan khusus bagi menghasilkan doktor yang terbaik daripada pelajar yang 'terbaik' dan menjadikan mereka doktor yang berdedikasi, penyayang dan holistik serta menimba ilmu secara berterusan dan berdamping dengan masyarakat. Dengan itu, kurikulum program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di UCSA telah dibangunkan secara tersendiri serta dipantau dengan teratur bagi mencapai objektif melahirkan doktor-doktor yang berkaliber dan terbaik.

KOLEJ UNIVERSITI SHAHPUTRA MENAWARKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN.