Shahputra

PERMOHONAN ONLINE BAGI SEMUA PROGRAM DI BUKA SEKARANG. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI JABATAN PEMASARAN DI TALIAN 09-5737777.

Friday, 30 August 2013

Pelbagai Pilihan Penginapan Hanya Untuk Anda !!!





TARIKH PENDAFTARAN 2 SEPTEMBER 2013...bukan 16 September 2013

SALAM...PERHATIAN KEPADA SEMUA BAKAL PELAJAR ASASI SAINS SHAHPUTRA.. 

PIHAK SHAHPUTRA TIDAK PERNAH MENGELUARKAN KENYATAAN PENANGGUHAN TARIKH PENDAFTARAN KEPADA 16 SEPTEMBER 2013...

PENDAFTARAN PELAJAR ASASI SAINS TETAP AKAN BERLANGSUNG PADA KETETAPAN BERIKUT
 
TARIKH : 02 SEPTEMBER 2013
MASA : 9.00 PAGI
BERTEMPAT DI : SHAHPUTRA CONVENTION CENTRE (SCC), KOLEJ UNIVERSITI SHAHPUTRA

SEKIAN.. DI MAKLUMKAN...NANTI KITA JUMPA K...

Thursday, 29 August 2013

Panduan Pandu Arah Ke Kolej Universiti Shahputra

Sesat? tak jumpa jalan nak pegi Shahputra? Kami sedia membantu...:) Sila hubungi 09-5737777 untuk bantuan.

Klik di sini !!!




Monday, 26 August 2013

Maksud "PERAKUAN AKREDITASI SEMENTARA"...

Di sini kami ingin menjelaskan maksud sebenar "Perakuan Akreditasi Sementara" seperti yang kami telah paparkan sebelum ini (Klik di sini). Tak perlu was-was dengan Program Perubatan (MBBS) UCSA kerana kami mengikuti & menepati prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan!


Apakah perbezaan di antara akreditasi penuh dan akreditasi sementara?

Akreditasi penuh – satu perakuan rasmi kepada Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) bahawa sijil, diploma atau ijazah yang akan dianugerahkan kepada graduan adalah selaras dengan standard yang ditetapkan oleh MQA.

Akreditasi sementara – fasa awal penilaian yang bertujuan untuk membantu dan mempermudah institusi pengajian tinggi mendapat akreditasi bagi program pengajian yang hendak ditawarkan dengan syarat ia meningkatkan kualiti dan standard yang ditetapkan semasa penilaian akreditasi sementara.



Saya sedang mengikuti satu program pengajian di sebuah institusi. Kenapa program pengajian tersebut tidak terdapat dalam MQR (Daftar Kelayakan Malaysia)?

Ini bermakna program pengajian tersebut belum atau tidak diakreditkan oleh MQA atas beberapa sebab tertentu iaitu:
  • program pengajian tersebut baru dimulakan dan belum mencapai tempoh matang untuk penilaian akreditasi MQA. Penilaian akreditasi akan dijalankan apabila pelajar kohort pertama berada di tahun akhir pengajian;
  • program pengajian tersebut sedang dalam proses penilaian perakuan akreditasi MQA;
  • program pengajian tersebut gagal memperoleh perakuan akreditasi MQA atas alasan-alasan tertentu; atau
  • tiada permohonan untuk mendapatkan akreditasi daripada pihak PPT. Untuk makluman, permohonan akreditasi adalah secara sukarela dan terpulang kepada sesebuah institusi untuk memohon.


Adakah MQR turut menyenaraikan program pengajian yang mendapat perakuan akreditasi sementara?  

Tidak. MQR hanya menyenaraikan program pengajian dan kelayakan yang diperakukan akreditasi penuh MQA. Semakan program pengajian yang menerima akreditasi sementara boleh dibuat menerusi sistem carian ‘e-Semakan Kursus Pengajian’ seperti di alamat www.mqa.gov.my/eskp/AkrProvRingkas.cfm.


Sumber: Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) 

Shahputra Residence (Penginapan)

Image: Google
Shahputra Residence menawarkan pelbagai kemudahan yang lengkap dan moden demi menepati keperluan pelajar. Sebahagian besar kolej kediaman mempunyai akses internet*, pembersihan harian, kemudahan untuk sistem kumbahan serta pelbagai lagi kemudahan lain yang memberikan kesenangan kepada para pelajar. 

Shahputra Residence juga sangat prihatin terhadap para pelajar istimewa. Terdapat sejumlah ruang khusus yang diubahsuai dan dilengkapi dengan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan para pelajar istimewa agar kehidupan mereka di kampus terjamin. 

Selain itu, suasana di dalam kampus yang kondusif di samping jaminan kawalan keselamatan oleh pihak Unit Keselamatan diharap membantu para mahasiswa mencapai kecemerlangan akademik sepanjang pengajian mereka di Kolej Universiti Shahputra.

Kadar Sewa Asrama Sesi 2013 / 2014
Perubahan kadar sewa adalah tertakluk kepada pihak pengurusan.
 *Deposit tidak akan dikembalikan selepas 3 bulan dari tarikh mendaftar.


Kemudahan yang disediakan:
  • Kawalan keselamatan 24 jam
  • Kawasan berpagar
  • Warden sepenuh masa
  • Tempat letak kereta/motor disediakan
  • Perkhidmatan dobi layan diri 24 jam
  • Pengangkutan (Asrama-Kampus-Asrama)
  • Bilik TV
  • Surau

Kemudahan Awam yang berdekatan:
  • McDonald's
  • Radix Fried Chicken
  • 7-Eleven
  • Tutti Fruitti
  • ATM (Mesin Pengeluaran Wang Automatik)
  • Kedai makan
  • Gym
  • Klinik

Sebarang pertanyaan mengenai penginapan sila hubungi:
Shahputra Residence
nurilyana@shahputra.edu.my
atau telefon 09-573 7777 (sambungan 135)