Shahputra

PERMOHONAN ONLINE BAGI SEMUA PROGRAM DI BUKA SEKARANG. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI JABATAN PEMASARAN DI TALIAN 09-5737777.

Wednesday 21 August 2013

Syarat permohonan & dokumen yang diperlukan bagi permohonan pinjaman MARA



Syarat Permohonan :
  • Pemohon & Ibubapa mestilah warganegara Malaysia. 
  • Pemohon & Ibu atau bapa kandung mestilah Bumiputra. 
  • Ibubapa @ penjaga pemohon TIDAK DISENARAI HITAM oleh MARA 
  • Pemohon mestilah mempunyai syarat akademik iaitu 5 KEPUJIAN dalam SPM bagi subjek berikut : 
  1. Bahasa Melayu 
  2. Matematik / Matematik Tambahan DAN 
  3. Sains / Fizik / Kimia / Biologi / Subjek Sains yang lain SERTA (untuk program Allied Health Sciences) 
  4. Dua (2) subjek lain dan
     LULUS Bahasa Inggeris.


Dokumen Yang Diperlukan (1 Salinan) : 
*Perlu disahkan oleh Pegawai Kanan Kerajaan (DG41) 

  • Gambar terkini berukuran passport
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Kolej Universiti Shahputra
  • Salinan sijil kelahiran pelajar, ibu dan bapa (Surat Beranak)
  • Salinan sijil kematian ibu / bapa (jika berkaitan)
  • Salinan kad pengenalan pelajar, ibu dan bapa
  • Salinan sijil akademik SPM / STPM / Pra Diploma / Sijil / Diploma
  • Salinan sijil berhenti sekolah
  • Salinan penyata gaji / Borang J / Surat Pengesahan Pendapatan / Penyata Pencen terkini
  • Karangan perihal diri, perancangan pengajian dan kerjaya anggaran 300 patah perkataan
  • Salinan buku akaun simpanan / penyata akaun RHB Islamic
                


Maklumat Tambahan : Permohonan Pinjaman Pendahuluan Pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan pinjaman ini kepada pelajar yang INGIN dan LAYAK untuk mendaftar sebagai pelajar di Kolej Universiti Shahputra. 
  • Permohonan boleh dibuat dua (2) minggu sebelum tarikh pendaftaran. 
  • Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh didapati di Pejabat MARA negeri yang berkenaan

Syarat permohonan :
  • Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera 
  • Pendapatan ibubapa RM3,000.00 dan ke bawah sebulan; bagi pendapatan lebih RM3,000.00 sebulan kelulusan tertakluk kepada budi bicara pihak MARA

Dokumen yang diperlukan (4 Salinan) :
  • Salinan kad pengenalan pemohon, ibu, bapa dan penjamin
  • Salinan surat daftar kelahiran (Surat Beranak) pemohon, ibu dan bapa
  • Salinan sijil mati dan sijil penceraian ibubapa (jika berkenaan)
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Kolej Universiti Shahputra 
  • Salinan penyata gaji / Borang J / Surat Pengesahan Pendapatan / Penyata Pencen terkini ibu bapa / penjaga dan penjamin 

KOLEJ UNIVERSITI SHAHPUTRA MENAWARKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN.

Friday 16 August 2013

PERAKUAN AKREDITASI SEMENTARA DARI AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)

KOLEJ UNIVERSITI SHAHPUTRA MENAWARKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN.

Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Kolej Universiti Shahputra

Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / A-Level

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / A-Level dengan gred BBB, ABC atau AAC dalam tiga (3) matapelajaran:
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik ATAU Matematik
Syarat kemasukan untuk keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah dikecualikan.

___________________________________________________

Pilihan 2: Kemasukan dengan Matrikulasi / Asasi Sains / Kursus Pra-Perubatan

Lulus Matrikulasi / Asasi Sains / Kursus Pra-Perubatan dengan CGPA 3.0 dalam matapelajaran:

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik ATAU Matematik
Kursus tersebut mesti tidak kurang dari satu (1) tahun didalam institusi yang sama dan telah di akreditasi.

DAN

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 5B dalam matapelajaran:

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Matematik ATAU Matematik Tambahan
  • Mana-mana satu (1) matapelajaran lain
___________________________________________________ 

Pilihan 3: Kemasukan dengan Diploma Sains Kesihatan 

Lulus Diploma Sains Kesihatan dengan CGPA 3.5.
 
Kursus tersebut mesti tidak kurang dari dua tahun setengah (2 ½) didalam institusi yang sama dan telah di akreditasi.

DAN

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan:

  • Minimum gred B dalam dua matapelajaran: Biologi / Kimia / Fizik
  • Kredit Bahasa Inggeris
  • Kredit Matematik ATAU Matematik Tambahan
  • Kredit mana-mana satu (1) matapelajaran lain

KOLEJ UNIVERSITI SHAHPUTRA MENAWARKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN.

SAYA INGIN MENJADI SEORANG DOKTOR!!!

 'Saya ingin menjadi seorang doktor', mungkin antara jawapan yang biasa didengar daripada pelajar sekolah apabila ditanya mengenai cita-cita mereka. Ini adalah kerana kerjaya sebagai doktor perubatan mempunyai personaliti terbaik dan dihormati dalam masyarakat. Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Kolej Universiti Shahputra (UCSA) bertujuan merealisasikan impian zaman kanak-kanak ini dengan cara dan persekitaran yang terbaik. Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di UCSA telah dibangunkan khusus bagi menghasilkan doktor yang terbaik daripada pelajar yang 'terbaik' dan menjadikan mereka doktor yang berdedikasi, penyayang dan holistik serta menimba ilmu secara berterusan dan berdamping dengan masyarakat. Dengan itu, kurikulum program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di UCSA telah dibangunkan secara tersendiri serta dipantau dengan teratur bagi mencapai objektif melahirkan doktor-doktor yang berkaliber dan terbaik.

KOLEJ UNIVERSITI SHAHPUTRA MENAWARKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN.